Saturday 20 March 2010

The Champs Juara GMN Netball Tournament




Pada 1/1/2010, Jumaat, Exco Sukan & Aktiviti Luar GMMSC telah mengadakan acara bola jaring atau dikenali sebagai “GMN NETBALL TOURNAMENT” buat pertama kalinya untuk mahasiswi perubatan Malaysia di sini.
Pertandingan berlangsung di Istad Gama’ah, University of Mansoura di gelanggang bola keranjang dari jam 3.00 petang sehingga 10.00 malam. Terdapat 12 pasukan yang bertanding, antaranya:
• Netchester United
• Jajanggmyun
• Yang Sedang-sedang Saja
• Tak Paham Pun
• Super Junior
• The Champs
• Gigi Taring
• Net Queen
• Meenah-cheese
• Gidiks
• Uterus
• Eliza
Pasukan merangkumi semua kos sama ada perubatan,pergigian dan farmasi dan semua tahun pengajian.
Pertandingan telah diadakan secara liga dan durasi satu permainan adalah 5-1-5; 5 minit dalam separuh masa pertama,1 minit rehat dan 5 minit dalam separuh masa kedua. Bilangan pengadil untuk satu permainan adalah 2 orang.
Pada hari itu juga, terdapat gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai juadah untuk pemain dan juga penonton yang datang.
Pasukan yang mendapat gelaran johan adalah The Champs, manakala tempat ke-2 dan ke-3 adalah Super Junior dan Gigi Taring. Masing-masing membawa pulang pingat dan hamper yang disampaikan oleh Dr.Nisreen(Pegawai Hal-Ehwal Pelajar Antarabangsa).
Dalam ucapan Dr.Nisreen,beliau mengharapkan agar pertandingan seumpama ini diadakan secara berterusan kerana beliau percaya, “A healthy mind comes from a healthy lifestyle”.

GALLERY
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa