Saturday 13 November 2010

SAMBUTAN AIDILADHA MANSURAH 1431H




KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR


Tuesday 2 November 2010

Eidul Adha Mansoura 2010

Salam.

Sempena Eidul Adha yang bakal tiba tidak lama lagi, GMMSC dengan kerjasama MMMC dan PCM insyaAllah akan melaksanakan Eidul Adha Mansoura 2010. Bagi mereka yang  berniat untuk membeli bahagian, butiran seperti iklan di atas. Satu bahagian boleh juga dikongsi oleh beberapa orang. Bagi Ibu Bapa yang tidak mahu ketinggalan membeli bahagian boleh lah menghubungi terus ke pejabat GMN untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Jika anda tidak mahu membeli bahagian tetapi berniat untuk memberikan sumbangan boleh terus menghubungi nombor yang tertera di iklan.

Semoga ibadah kali ini diberkati dan dirahmati Allah swt.

Salam Eidul Adha dari GMMSC.

Saturday 25 September 2010

Peta Sekitar Mansoura

* Klik untuk paparan yang lebih besar dan jelas

Friday 24 September 2010

SELAMAT DATANG MAHASISWA/WI BARU SESI 2010/2011




Alhamdulillah. Tahniah kerana anda merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Egypt. Selamat Datang tidak terhingga kami ucapkan kepada adik-adik/rakan-rakan yang baru. Bertambah lagi kenalan-kenalan kami dari setahun ke setahun.

Sekilas kehidupan di Egypt menuntut adik-adik/rakan-rakan berdikari dan membuat keputusan sendiri. Tiada lagi ibu bapa di sisi dapat menentukan setiap langkah yang ingin kita hadapi. Perbelanjaan harian pula harus diuruskan dengan rapi, silap belanja menganga diri. Dari segi pembelajaran pula motivasi diri perlu kuat. Keseronokan diri perlu dibatasi dan pandai dibahagi dengan pelajaran. Sudah tentu cita-cita dan azam ingin berjaya terus terpahat dalam hati. Perkara terbaru yang bakal dipelajari adalah pergaulan bersama penduduk setempat. Jangan sesekali mempercayai kata-kata dan janji warga Egypt yang terkenal dengan sifat penipuan mereka. Lebih berhati-hati dan buat keputusan dengan teliti. Yang pasti suasana di Egypt dan di Malaysia sangat berbeza. Tidak semestinya malam di Malaysia seselamat malam di Egypt.

Walaupun begitu adik-adik/rakan-rakan jangan berasa takut dan bimbang. Nilai-nilai ini yang mengukur samada kita mampu survive ataupun tidak. Sekiranya terdapat permasalahan hubungi abang-abang/kakak-kakak di Egypt ataupun terus berhubung dengan pegawai GMN seperti

1. Ustaz Ridhwan
2. Mr Mahmoud
3. Mdm Shaimaa
4. Abang Nan (Restoran GMN)

Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik/ rakan-rakan yang dikasihi. Sekiranya terdapat apa-apa masalah kami sedia membantu anda semua. Selamat Maju Jaya Dalam Pelajaran anda semua dan bergembira di rumah kedua anda; Egypt.

Wednesday 28 July 2010

Penghujung sesi 2009/2010

Alhamdulillah musim peperiksaan telah pun tamat dan tahun pengajian 2009/2010 juga hampir sampai ke penghujungnya. Baru-baru ini keputusan pelajar-pelajar Perubatan Konvensional dan Pergigian telah pun diumumkan. Kepada yang najah, tahniah diucapkan manakala kepada yang tidak berjaya jangan bersedih kerana anda masih ada peluang untuk kejayaan dalam dhur thani.
Pihak GMN Mansoura Medical Students Council (GMMSC) mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar. Gunakan masa cuti anda perkara berfaedah dan jauhi pembaziran masa.
Di kesempatan ini, Pihak GMMSC ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua pelajar dan keluarga. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.
Jumpa lagi dalam sesi 2010/2011.
Sekian, Wassalam

Monday 7 June 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan




Sunday 25 April 2010

Lifeline 4 Gaza


Hulurkan bantuan, Ringankan bebanan, Merdekakan kezaliman.

untuk maklumat lanjut lawati:
Lifeline 4 Gaza

GMMSC menyokong penuh Lifeline 4 Gaza:

Wednesday 14 April 2010

Jadual Exam Conventional Programme

Year 1


Year 2


Year 3



Wish everybody Good Luck & All The Best :)
 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa