Friday 24 September 2010

SELAMAT DATANG MAHASISWA/WI BARU SESI 2010/2011




Alhamdulillah. Tahniah kerana anda merupakan antara ribuan rakyat Malaysia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Egypt. Selamat Datang tidak terhingga kami ucapkan kepada adik-adik/rakan-rakan yang baru. Bertambah lagi kenalan-kenalan kami dari setahun ke setahun.

Sekilas kehidupan di Egypt menuntut adik-adik/rakan-rakan berdikari dan membuat keputusan sendiri. Tiada lagi ibu bapa di sisi dapat menentukan setiap langkah yang ingin kita hadapi. Perbelanjaan harian pula harus diuruskan dengan rapi, silap belanja menganga diri. Dari segi pembelajaran pula motivasi diri perlu kuat. Keseronokan diri perlu dibatasi dan pandai dibahagi dengan pelajaran. Sudah tentu cita-cita dan azam ingin berjaya terus terpahat dalam hati. Perkara terbaru yang bakal dipelajari adalah pergaulan bersama penduduk setempat. Jangan sesekali mempercayai kata-kata dan janji warga Egypt yang terkenal dengan sifat penipuan mereka. Lebih berhati-hati dan buat keputusan dengan teliti. Yang pasti suasana di Egypt dan di Malaysia sangat berbeza. Tidak semestinya malam di Malaysia seselamat malam di Egypt.

Walaupun begitu adik-adik/rakan-rakan jangan berasa takut dan bimbang. Nilai-nilai ini yang mengukur samada kita mampu survive ataupun tidak. Sekiranya terdapat permasalahan hubungi abang-abang/kakak-kakak di Egypt ataupun terus berhubung dengan pegawai GMN seperti

1. Ustaz Ridhwan
2. Mr Mahmoud
3. Mdm Shaimaa
4. Abang Nan (Restoran GMN)

Akhir sekali, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Datang kepada adik-adik/ rakan-rakan yang dikasihi. Sekiranya terdapat apa-apa masalah kami sedia membantu anda semua. Selamat Maju Jaya Dalam Pelajaran anda semua dan bergembira di rumah kedua anda; Egypt.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa