Sunday 15 November 2009

majlis eid adha

salam...

saban tahun, pihak gmmsc akan menganjurkan sambutan eid adha pada hari raya pertama dan kedua eid adha. pelbagai program dan aktiviti telah disusun bagi melancarkan perjalanan program pada tahun ini. jika sambutan tahun lepas meriah, tahun ini kami akan memastikan sambutannya lebih meriah. oleh itu aktiviti-aktiviti seperti sembelihan dan lapahan, agihan korban, majlis, persembahan, cabutan bertuah dan banyak lagi akan diadakan. GMMSC telah menampal iklan2 bagi rujukan para pelajar.

untuk makluman semua pelajar, majlis ini akan berlangsung selama 2 hari. hari raya pertama; aktiviti2 sembelihan, lapahan, memotong daging dan memasak. dan hari raya kedua majlis sambutan eid adha. tentang lokasi untuk kedua dua hari tersebut akan dimaklumkan kemudian.

selain itu GMMSC mengalu-alukan cadangan sekiranya sesiapa yang mempunyai idea akan aktiviti2 yang sepatutnya ditambah supaya majlis eid adha kali ini menjadi lebih meriah dan kepada mereka yang berminat untuk menjadi ajk majlis eid adha bolehlah memberikan nama anda kepada ketua blok masing-masing.

bagi mereka yang sudah merancang untuk menyambut di tempat yang lain, ambillah peluang ini untuk menyambut bersama sahabat handai, senior dan junior di MANSOURAH. kerna di sinilah keluarga anda dan keluarga kita semua.

GMMSC mengharapkan kerjasama daripada anda semua untuk sama sama terlibat dalam menjayakan dan melancarkan program eid adha.

"festival of sacrifice"

one family, one mansourah;

GMMSC
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa