Sejak kebelakangan ini, Pelajar-Pelajar Perubatan Tahun 1 terutamanya, sudah sibuk mencari rumah. Orang paling gembira sekali tentulah Ammu Attiya iaitu Simpsar terkenal di Syarik Rabik.
Kepada Pelajar-Pelajar Tahun 1 GMN yang berminat untuk kekal di rumah anda sekarang, bolehlah menghubungi Mr. Mahmud di talian 0114330134. Pelajar-pelajar dinasihatkan untuk kekal di rumah yang didiami sekarang ini memandangkan harga sewa rumah anda sekarang ini dikira dalam kategori harga berpatutan.
Apabila admin@gmmsc bertanyakan kepada Saudara Syamir@Sito, Presiden GMMSC akan situasi ini, beliau menyatakan bahawa sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk mencari rumah. Di samping peperiksaan yang bakal tiba, peluang untuk menemui rumah yang betul-betul sesuai dan selesa amat sukar memandangkan masih di pertengahan tahun. Beliau menambah lagi, masa yang paling sesuai untuk mencari rumah ialah selepas peperiksaan akhir, sementara menunggu keputusan para pelajar boleh mencari rumah tambahan pula banyak rumah untuk disewa pada bulan itu. Bagi pelajar yang masih mahu mencari rumah sewa beliau menasihatkan supaya para pelajar memilih rumah dengan sebaiknya. Pastikan harga sewa rumah tidak melebihi LE 250 untuk seorang, kedudukan rumah yang tidak terlalu terpencil lebih-lebih lagi kepada pelajar perempuan, banyak kemudahan di sekitar rumah terutama internet dan kedai runcit dan yang paling penting faktor 'bising' mesti sama sekali dielakkan supaya pelajar dapat belajar tanpa gangguan.
Sekiranya anda menghadapi sebarang kesulitan atau mempunyai sebarang masalah bolehlah menghubungi saudara Munzir atau Saudari Syakirah Exco Kebajikan GMMSC untuk keterangan lebih lanjut.
Munzir - 0119516214
Syakirah - 0145488007
0 comments:
Post a Comment