Pada hari Khamis bersamaan dengan 3 Mac 2010, Blok B telah mengadakan jamuan blok di “roof top”. Majlis bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10 malam. Jamuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni-punghuni blok B.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Timbalan II GMMSC, Nurul Nadia Md Zin dan wakil AJK Kebajikan GMMSC, Syakirah Mazwar.
Antara perkara penting yang disampaikan dalam ucapan yang diberikan termasuklah, pengenalan kepada GMMSC, pengurusan Visa bagi tahun 1, keselamatan diri dan isu akademik.
Jamuan berjalan lancar dengan kehadiran ahli-ahli blok B seramai 60 orang dan 5 orang wakil dari GMMSC . Semua yang hadir amat berpuas hati walaupun terpaksa bergelap atas ketiadaan elektrik selama lebih kurang 15minit.
Diharapkan majlis sebegini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan.
Dilaporkan oleh,
Eliza Heidi Bt Izham
Wakil Blok B.
0 comments:
Post a Comment