Saturday 13 March 2010

Mansoura Bawa Pulang 2 Pingat




Jumaat, 12 Mac 2010 - Berlangsung Kejohanan Ragbi 10's anjuran Organisasi Perubatan Zagazig. Mansoura telah menghantar 2 pasukan yang berada di bawah pengurusan GMN Mansoura Medical Students Council (GMMSC) dan juga Kelab Umno Perubatan Mansoura (KUPeM). Urusetia kejohanan telah menyambut baik kedatangan pasukan Manosura ke Zagazig. Pelajar telah ditempatkan di rumah-rumah pelajar Zagazig mengikut pasukan dan taklimat telah diberikan pada malam sebelum hari kejohanan bermula.

Kejohanan disertai oleh pelajar-pelajar Perubatan dari Cairo, Tanta, Zagaziz, Mansoura. Setiap Muhafazah menghantar 2 pasukan kecuali Muhafazah Zagazig yang menghantar 1 pasukan sahaja. Kejohanan bermula seawal Jam 8.00 am dan kesemua pasukan telah berada di padang pada Jam 7.30 am untuk sesi memanas badan. Pasukan Mansoura dibahagikan kepada 2 pasukan, iaitu Mansoura A dan Mansoura B. Kejohanan berdasarkan Liga di mana setiap pasukan berpeluang untuk bertemu dengan kesemua pasukan.

Mansoura A telah melayakkan diri untuk kategori Cup manakala Mansoura B telah melayakkan diri untuk kategori Plate. Untuk Kategori Cup; Mansoura A telah berjaya mengalahkan Azhar (Cairo) dengan mata 10-0 dalam perlawanan separuh akhir. Mansoura A telah bertemu dengan Tanta A dalam perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir telah berlaku sedikit kontroversi di mana Mansoura A membantah 'try' yang diberikan pengadil kepada Tanta A pada minit ke-3 separuh masa pertama kerana 'try' yang diberikan adalah 'knock on', tetapi pengadil tegas dan mengesahkan 'try' itu. Mansoura A bangkit pada separuh masa kedua dan Ahmed Hatimi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 2. Di saat akhir perlawanan Mansoura terpaksa berputih mata apabila pasukan Tanta A berjaya membuat 'try' atas kelekaan pemain Mansoura A.

Untuk Kategori Plate pula, Mansoura B telah bertemu dengan Azhar (Cairo) B, manakala pasukan Tanta B terus melayakkan diri ke peringkat akhir berdasarkan undian 'by'. Dalam perlawanan separuh akhir, Mansoura B nampaknya lebih mengusai perlawanan dan berjaya melakukan satu 'try' 2 minit sebelum perlawanan tamat. Mansoura B telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Kategori Plate dan bertemu dengan pasukan Tanta B. Dalam perlawanan akhir, Mansoura B berjaya menguasai perlawanan dan akhirnya Izzat berjaya melakukan satu 'try' untuk memastikan satu pingat berjaya di bawa pulang ke Mansoura.

Kejohanan tamat pada Jam 5.00 pm dengan sesi penyampaian hadiah. Pasukan Mansoura telah mengharumkan nama Mansoura dengan membawa pulang 2 pingat. Pasukan Mansoura mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zagazig kerana berjaya menganjurkan Kejohanan berprestij seperti ini dan diharapkan kejohanan seperti ini akan diadakan lagi untuk tahun-tahun seterusnya. Kami memohon maaf kepada Zagazig sekiranya terdapat salah dan silap. Berikut merupakan keputusan keseluruhan kejohanan dan juga nama pemain dari pasukan Mansoura:

Kategori CUP:
Juara                  : Tanta A
Naib Juara          : Mansoura A
Saguhati              : Zagazig, Azhar A

Kategori Plate:
Juara                   : Mansoura B
Naib Juara           : Tanta B
Saguhati               : Azhar B

Mansoura A :
Sito (Kapten, Fullback), Imran (Stand Off), Halim (Inside), Timmy (Outside), Acip (Winger), Megat (Prop), Muadz (Prop), Chod (Hooker), Kuchai (Blind), Jimmy (Scrum Half), Simpanan: Mat, Atiq Nasir, Razi, Mujib

Mansoura B :
Izzat (Kapten, Hooker), Mattech (Stand Off), Atiq Saharudin (Inside), Ami (Outside), Bedot (Winger), Muaz (Fullback), Zubek (Scrum Half), Don (Prop), Firdaus (Prop), Umar (Blind), Simpanan: Aiman, Gaucho, Pert, Apis, Bem

dilaporkan oleh,
AfiqRozain

GALLERY
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa