Tuesday 19 January 2010

Api; semasa kecil kawan, semasa besar lawan.

Sabtu, 16 januari 2010: Berlaku satu tragedi tergempar di blok D, di mana sebuah rumah membabitkan seramai 6 orang pelajar Tahun 1 hampir hangus dijilat api.

Restoran GMN yang terletak berhampiran blok D, tiba-tiba tergempar dengan panggilan kecemasan daripada salah seorang penghuni blok terbabit. Lalu beberapa orang petugas restoran bergegas naik ke rumah tersebut dan membantu memadamkan kebakaran.

Ketidakstabilan elektrik yang sering berlaku di blok berkenaan, menyebabkan para penghuni blok terbabit menggunakan lilin sebagai alternatif cahaya yang lain. Sewaktu kejadian, hanya tinggal seorang penghuni di dalam rumah manakala rakan-rakannya yang lain pula ke tempat tuisyen dan ada juga yang pulang ke Malaysia. Kebakaran dikatakan bermula daripada sebatang lilin yang diletakkan di atas mesin basuh tiba-tiba terjatuh dan membakari mesin basuh tersebut. Mujur mesin basuh itu diletakkan di dalam tandas, dan kebakaran tidak merebak ke bahagian lain rumah berkenaan.

Tidak ada pelajar yang tercedera dan kerugian hanya membabitkan sebuah mesin basuh. Exco Kebajikan Gmmsc telah menemui penghuni-penghuni rumah terbabit bagi meredakan trauma yang dialami salah seorang penghuni rumah terbabit dan telah menubuhkan unit khas bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

Pengerusi Gmmsc, Saudara Ahmad Syamir; ketika ditemui berkata beliau amat terkejut dengan kejadian yang menimpa pelajar-pelajar berkenaan dan beliau juga berpesan kepada semua pelajar agar berhati-hati semasa ketiadaan elektrik dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang boleh membahayakan. Beliau menegaskan sekiranya terdapat masalah berkaitan perumahan segera laporkan kepada staf-staf GMN atau exco-exco Gmmsc yang berhampiran.

Berikut merupakan Panduan Keselamatan di Rumah Semasa Ketiadaan Bekalan Elektrik.

Panduan Keselamatan Semasa Ketiadaan Bekalan Elektrik


1.  Letakkan lilin di tempat yang selamat jauh dari sebarang barang yang mudah terbakar.

2.  Padam sebarang sumber (lilin dan lain-lain) yang boleh menyebabkan kebakaran sekiranya sudah tidak digunakan.

3.  Sediakan lampu suluh dan elakkan menggunakan lilin.

4.  Segera hubungi wakil GMN atau Tuan Rumah blok  anda.

5.  Kunci pintu rumah dan sentiasa pantau keadaan rumah sewaktu ketiadaan elektrik.

6.  Jangan bergurau senda secara keterlaluan bersama rakan-rakan.

7.  Pastikan gas dapur dalam keadaan tertutup dan semua plug barangan elektrik tertutup.

8.  Duduk berkumpulan elakkan berseorangan.

9.  Jangan benarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk ke rumah.

10. Jangan cuba untuk membaiki sebarang peralatan elektrik.

11.    Jangan panik! Jaga diri anda.


Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa