Tuesday 8 December 2009

Sambutan Eid Adha Berlangsung Dengan Jayanya

salam
pihak admin meminta maaf di atas blog yang tidak aktif sejak kebelakangan ini memandangkan terlibat dengan peperiksaan penting.

posting kali ini merujuk kepada Sambutan Eid Adha yang berlangsung pada 27 & 28 November 2009. "Festival Of Sacrifice" kali pertama anjuran GMMSC telah berjaya dengan jaya dan meriahnya yang dipimpiN oleh saudara Afiq Rozain dan barisan-barisan AJK yang berdedikasi.

Berikut merupakan laporan Sambutan Eid Adha 2009

Pada 27 dan 28 November 2009, GMN Mansoura Medical Students Club (GMMSC) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Eid Adha 2009 yang bertemakan "Festival Of Sacrifice" .


Majlis tersebut diadakan bertujuan menyambut Hari Raya Aidiladha serta merapatkan silaturahim antara para pelajar perubatan dan pergigian yang kini sedang belajar di Mansoura University, Mesir.


Kerja-kerja penyembelihan serta gotong-royong telah diadakan sehari sebelum majlis makan iaitu pada 27 November 2009 bersamaan dengan hari Jumaat setelah selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha. Sebanyak 2 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah disembelih oleh sekumpulan pelajar lelaki yang diketuai oleh AJK sembelihan, Mohd Akhimullah bin Mohd Yusuff di Blok C. Pelajar perempuan pula bergotong-royong menyiapkan makanan tengahari di Restoran GMN. Tugas ini dipantau oleh AJK masakan, Najwa Anis binti Nazmudi. Aktiviti penyembelihan selesai sekitar pukul 2 petang manakala aktiviti gotong-royong diteruskan lagi selepas solat MaghriB.


Majlis Sambutan Hari Raya Eid Adha 2009 pula telah berlangsung pada hari Sabtu, 28 November 2009 di Stadium Universiti. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Pelbagai acara menarik telah disediakan, antaranya, takbir, persembahan pelajar, serta cabutan bertuah. Tazkirah mengenai pengorbanan telah diberikan oleh Mohd Zaki bin Zainal Abidin sebagai pembuka majlis disusuli dengan ucapan pengarah program, Ahmad Afiq bin Mohd Rozain, pengerusi GMMSC, Ahmad Syamir bin Abdullah, serta Penasihat Majlis, Ridhwan bin Mohamed. Majlis telah dihadiri oleh 700 orang pelajar dari seluruh Mansoura dan alexendria serta diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar.


Dr Nesrene selaku pengurus pelajar-pelajar Luar Negara di Mansoura University, turut hadir untuk memberikan sokongan kepada majlis tersebut. Para pelajar dijamu dengan makanan tengahari yang disediakan oleh kesemua AJK masakan. Majlis diakhiri dgn sesi fotografi bersama Dr.Nesrene.


Diharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang. Semoga ukhwah yang terjalin antara para pelajar semakin erat dengan adanya program-program seperti ini. Insya Allah


GALERI MAJLIS "FESTIVAL OF SACRIFICE"

Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa