Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, 25 March 2010

Jumpa Lagi Tahun Depan " Annual Dinner GMMSC "


MANSURAH 19 MAC – GMN Mansoura Medical Student Council (GMMSC) sering hadir dengan pembaharuan dan kejutan untuk warga perubatan Mansurah. Kali ini, buat julung-julung kalinya, satu Majlis Makan Malam Tahunan bagi sesi 2009/2010 atau nama lainnya ‘ Annual Dinner 2010’ telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan jayanya.
GMMSC adalah persatuan kebajikan yang ditubuhkan untuk memberi kebajikan yang terbaik dan saksama kepada semua ahli. Justeru itu, ‘ Annual Dinner GMMSC 2010’ memenuhi aktiviti tahunan GMMSC sebelum pelajar menduduki peperiksaan yang akan datang.
Majlis yang bertemakan ‘ Light the Night with Roses ‘ ini bertujuan memberi ruang kepada tetamu untuk mengenali dengan lebih dekat tentang GMMSC sesi 2009/2010, meningkatkan ikatan ukhuwah di antara mahasiswa dan mahasiswi serta memberi  pendedahan dan pengalaman kepada ahli GMMSC dalam gerak kerja berpersatuan. Majlis ini yang disertai hampir 200 orang tetamu yang terdiri daripada wakil universiti, pegawai GMN dan pelajar perubatan Universiti Mansurah sendiri telah berlangsung di Crystall Hall, Ramada Hotel dari jam 6.00 petang hingga 11.00 malam pada hari Jumaat 19 Mac 2010. Berikut merupakan tentatif majlis:
Majlis ini mendapat sambutan dan sokongan padu daripada semua pihak. Para tetamu juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Para AJK pelaksana telah bertungkus lumus selama sebulan menyiapkan segala persiapan demi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK. Anda telah meletakkan usaha seratus peratus. Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan jayanya.

               

                SENARAI AJK ANNUAL DINNER GMMSC
Penaung                                                : Global Medic Network (GMN)
Pengarah                               : Ahmad Syamir Abdullah
Timbalan Pengarah              : Hanim Hamizah Zaini
Setiausaha                             : Ahmad Shafique Abd Wahab
Bendahari                              : Syazwan Mohd Zaini
Unit Tempat &                      : Ahmad Shafique Abd Wahab
Persiapan                              : Nur Nadia Mohd Zin
Unit Hadiah                           : Syazwan Mohd Zaini
Unit Makanan                       : Mohd Asmawi Khazali
Unit Iklan &                           : Muhammad Aisamuddin Zulkifli
Tentatif
Unit Urusetia                         : Syazana Zakaria
                                                : Nik Aimi Fathi Nik Zaini Fathi
Unit Multimedia                   : Ahmad Asyraf Abdul Rahim
                                                : Sharifah Nurnatasya Syed Amirul Ghani
Unit Photography                 : Ikmal Hakim Abdul Rahman
                                                : Mohd Taqiuddin
                                                : Mohd Aiman Mahdi

Saturday, 13 March 2010

Mansoura Bawa Pulang 2 Pingat




Jumaat, 12 Mac 2010 - Berlangsung Kejohanan Ragbi 10's anjuran Organisasi Perubatan Zagazig. Mansoura telah menghantar 2 pasukan yang berada di bawah pengurusan GMN Mansoura Medical Students Council (GMMSC) dan juga Kelab Umno Perubatan Mansoura (KUPeM). Urusetia kejohanan telah menyambut baik kedatangan pasukan Manosura ke Zagazig. Pelajar telah ditempatkan di rumah-rumah pelajar Zagazig mengikut pasukan dan taklimat telah diberikan pada malam sebelum hari kejohanan bermula.

Kejohanan disertai oleh pelajar-pelajar Perubatan dari Cairo, Tanta, Zagaziz, Mansoura. Setiap Muhafazah menghantar 2 pasukan kecuali Muhafazah Zagazig yang menghantar 1 pasukan sahaja. Kejohanan bermula seawal Jam 8.00 am dan kesemua pasukan telah berada di padang pada Jam 7.30 am untuk sesi memanas badan. Pasukan Mansoura dibahagikan kepada 2 pasukan, iaitu Mansoura A dan Mansoura B. Kejohanan berdasarkan Liga di mana setiap pasukan berpeluang untuk bertemu dengan kesemua pasukan.

Mansoura A telah melayakkan diri untuk kategori Cup manakala Mansoura B telah melayakkan diri untuk kategori Plate. Untuk Kategori Cup; Mansoura A telah berjaya mengalahkan Azhar (Cairo) dengan mata 10-0 dalam perlawanan separuh akhir. Mansoura A telah bertemu dengan Tanta A dalam perlawanan akhir. Dalam perlawanan akhir telah berlaku sedikit kontroversi di mana Mansoura A membantah 'try' yang diberikan pengadil kepada Tanta A pada minit ke-3 separuh masa pertama kerana 'try' yang diberikan adalah 'knock on', tetapi pengadil tegas dan mengesahkan 'try' itu. Mansoura A bangkit pada separuh masa kedua dan Ahmed Hatimi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 2. Di saat akhir perlawanan Mansoura terpaksa berputih mata apabila pasukan Tanta A berjaya membuat 'try' atas kelekaan pemain Mansoura A.

Untuk Kategori Plate pula, Mansoura B telah bertemu dengan Azhar (Cairo) B, manakala pasukan Tanta B terus melayakkan diri ke peringkat akhir berdasarkan undian 'by'. Dalam perlawanan separuh akhir, Mansoura B nampaknya lebih mengusai perlawanan dan berjaya melakukan satu 'try' 2 minit sebelum perlawanan tamat. Mansoura B telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Kategori Plate dan bertemu dengan pasukan Tanta B. Dalam perlawanan akhir, Mansoura B berjaya menguasai perlawanan dan akhirnya Izzat berjaya melakukan satu 'try' untuk memastikan satu pingat berjaya di bawa pulang ke Mansoura.

Kejohanan tamat pada Jam 5.00 pm dengan sesi penyampaian hadiah. Pasukan Mansoura telah mengharumkan nama Mansoura dengan membawa pulang 2 pingat. Pasukan Mansoura mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Zagazig kerana berjaya menganjurkan Kejohanan berprestij seperti ini dan diharapkan kejohanan seperti ini akan diadakan lagi untuk tahun-tahun seterusnya. Kami memohon maaf kepada Zagazig sekiranya terdapat salah dan silap. Berikut merupakan keputusan keseluruhan kejohanan dan juga nama pemain dari pasukan Mansoura:

Kategori CUP:
Juara                  : Tanta A
Naib Juara          : Mansoura A
Saguhati              : Zagazig, Azhar A

Kategori Plate:
Juara                   : Mansoura B
Naib Juara           : Tanta B
Saguhati               : Azhar B

Mansoura A :
Sito (Kapten, Fullback), Imran (Stand Off), Halim (Inside), Timmy (Outside), Acip (Winger), Megat (Prop), Muadz (Prop), Chod (Hooker), Kuchai (Blind), Jimmy (Scrum Half), Simpanan: Mat, Atiq Nasir, Razi, Mujib

Mansoura B :
Izzat (Kapten, Hooker), Mattech (Stand Off), Atiq Saharudin (Inside), Ami (Outside), Bedot (Winger), Muaz (Fullback), Zubek (Scrum Half), Don (Prop), Firdaus (Prop), Umar (Blind), Simpanan: Aiman, Gaucho, Pert, Apis, Bem

dilaporkan oleh,
AfiqRozain

GALLERY

Wednesday, 10 February 2010

Kes Kecurian Blok F

Ahad, 7 Februari 2010 - Kes kecurian yang makin menular pada tahun ini ditambah lagi dengan satu lagi insiden yang berlaku di blok F pada hari Ahad lalu, jam 11-11.45 pagi. Mengikut laporan, rumah F7 menjadi mangsa kecurian. Antara barangan yang hilang :

1. Empat buah laptop
2. Tiga telefon bimbit
3. Dua biji kamera
4. Duit sebanyak 50LE.

Laporan polis telahpun dibuat dan kini sedang menunggu tindakan pihak polis untuk membuat siasatan lanjut. Pengerusi GMMSC menasihati semua mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan perkara yang sama berulang. Barangan peribadi adalah tanggungjawab setiap individu. Antara langkah-langkah boleh diambil untuk mengelakkan kes pecah rumah dan kecurian :

1. Sentiasa mengunci pintu dan tingkap apabila keluar daripada rumah.
2. Simpan barang-barang berharga di tempat tersembunyi semasa tiada di rumah (bercuti/bersiar-siar/pulang ke Malaysia)
3. Sekiranya ada orang Arab datang ke rumah untuk bayaran bil/baiki/bersihkan rumah, pastikan beliau dipantau setiap masa. Seelok-eloknya buka pintu apabila tuan rumah ada bersama orang Arab tersebut.
4. Maklumkan ketiadaan anda di rumah pada tuan rumah ataupun jiran Melayu sekiranya anda pergi bermusafir untuk tempoh yang tertentu.

Pihak GMMSC mengucapkan selamat bercuti dan sila jaga keselamatan diri, di mana sahaja anda berada.

Sekian.

Tuesday, 19 January 2010

Api; semasa kecil kawan, semasa besar lawan.

Sabtu, 16 januari 2010: Berlaku satu tragedi tergempar di blok D, di mana sebuah rumah membabitkan seramai 6 orang pelajar Tahun 1 hampir hangus dijilat api.

Restoran GMN yang terletak berhampiran blok D, tiba-tiba tergempar dengan panggilan kecemasan daripada salah seorang penghuni blok terbabit. Lalu beberapa orang petugas restoran bergegas naik ke rumah tersebut dan membantu memadamkan kebakaran.

Ketidakstabilan elektrik yang sering berlaku di blok berkenaan, menyebabkan para penghuni blok terbabit menggunakan lilin sebagai alternatif cahaya yang lain. Sewaktu kejadian, hanya tinggal seorang penghuni di dalam rumah manakala rakan-rakannya yang lain pula ke tempat tuisyen dan ada juga yang pulang ke Malaysia. Kebakaran dikatakan bermula daripada sebatang lilin yang diletakkan di atas mesin basuh tiba-tiba terjatuh dan membakari mesin basuh tersebut. Mujur mesin basuh itu diletakkan di dalam tandas, dan kebakaran tidak merebak ke bahagian lain rumah berkenaan.

Tidak ada pelajar yang tercedera dan kerugian hanya membabitkan sebuah mesin basuh. Exco Kebajikan Gmmsc telah menemui penghuni-penghuni rumah terbabit bagi meredakan trauma yang dialami salah seorang penghuni rumah terbabit dan telah menubuhkan unit khas bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

Pengerusi Gmmsc, Saudara Ahmad Syamir; ketika ditemui berkata beliau amat terkejut dengan kejadian yang menimpa pelajar-pelajar berkenaan dan beliau juga berpesan kepada semua pelajar agar berhati-hati semasa ketiadaan elektrik dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang boleh membahayakan. Beliau menegaskan sekiranya terdapat masalah berkaitan perumahan segera laporkan kepada staf-staf GMN atau exco-exco Gmmsc yang berhampiran.

Berikut merupakan Panduan Keselamatan di Rumah Semasa Ketiadaan Bekalan Elektrik.

Panduan Keselamatan Semasa Ketiadaan Bekalan Elektrik


1.  Letakkan lilin di tempat yang selamat jauh dari sebarang barang yang mudah terbakar.

2.  Padam sebarang sumber (lilin dan lain-lain) yang boleh menyebabkan kebakaran sekiranya sudah tidak digunakan.

3.  Sediakan lampu suluh dan elakkan menggunakan lilin.

4.  Segera hubungi wakil GMN atau Tuan Rumah blok  anda.

5.  Kunci pintu rumah dan sentiasa pantau keadaan rumah sewaktu ketiadaan elektrik.

6.  Jangan bergurau senda secara keterlaluan bersama rakan-rakan.

7.  Pastikan gas dapur dalam keadaan tertutup dan semua plug barangan elektrik tertutup.

8.  Duduk berkumpulan elakkan berseorangan.

9.  Jangan benarkan sesiapa yang tidak dikenali masuk ke rumah.

10. Jangan cuba untuk membaiki sebarang peralatan elektrik.

11.    Jangan panik! Jaga diri anda.


 

Site Info

Sebarang cadangan ataupun komen boleh menghubungi admin gmmsc di editorgmmsc@gmail.com

Random

Click Ads

Visitors

hit counter

Followers

Laman Rasmi GMN Mansoura Medical Students Council Copyright © 2009 BeMagazine Blogger Template is Designed by Blogger Template
In Collaboration with fifa